Saya baca Tiger Wong (komik/cergam) waktu masih SD, tahun 80-an lah. Although tony wong's comic was fun for the first time you read, through time, its become so lame, like never ending stories, the price comes too high to get a good selling in indonesia, and then just stopped there. Why it was populer and become a bestseller in hong. 0.7 2017-12-20. 0.5 -to-hong-kong-22-years-and-a-few-continents-later-and-the-508b0e030072.
AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu. Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya.
Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama. Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng. Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi sekolah rendah kat Raub.
Tak salah aku daripada beribu-ribu student lelaki yang duduk di sekolah atau universiti, hampir 90 peratus gilakan komik ni! Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Secara kebetulan, masa aku sekolah dulu clasmate aku suka bwak komik ni ke sekolah untuk di baca secara mencuri2 di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar.hikhik. Jadi kelas aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari!
Aku ingat lagi kalau si Din balik bawak komik Hong Kong issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik darjah masing-masing berebut nak ambil turn selepas dia! 'Aku nombor dua!' 'Aku nombor tiga!' .Dan seterusnya.
Sapa cepat dia dapat. Bukan budak-budak bilik darjah aku je tapi jugak bilik darjah lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik darjah aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan!
Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular. Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan overbuatkan ia jadi kelakar!
Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu. Aura Biru Nila la, aura itu dan aura ini.
Tak salah aku komik ni lah yang mempopularkan perkataan aura kat sini. Sebelum tu rasanya jarang orang guna perkataan tu.
Selain tu dialog-dialog yang digunakan agak skema dan tak natural. Ye la, sebab translate kan. Antara dialog yang paling aku ingat: 'Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!' Macam pelik kalau dalam bahasa Melayu, mungkin ia direct translationdari bahasa Kantonis. Selain tu, bunyi effect tumbukan, penerajang, apa semua tu pun kelakar.
Bukannya ditulis Dush! Dan entah apa-apa la lagi! Apapun, bagi aku apa yang membuatkan komik-komik ni menjadi tarikan ialah lukisannya yang detail, jalan cerita menarik dan karakter-karakter yang kuat. Tamat imbas kembali. Ji fat (hero dlm komik ni) duke ji chang (bapak si ji fat) ji kao (abang si ji fat) orang2 kuat duke ji chang maharaja zhou (org jahat) antara orang2 kuat maharaja zhou sami besar sami roh tuan punya kota khayalan (antagonis yg paling faveret) sang pipit merah anak tuan punya kota khayalan (daya tarikan komik ni! Cair aku dibuatnye dulu!
![Karya Karya](/uploads/1/2/5/5/125519582/883265899.jpg)
Lg2 scene time die mandi) sang naga hijau anak tuan punya kota khayalan (karektor yg paling aku minat skali, segak bgaya) sang harimau putih anak murid tuan punya kota khayalan sang kura hitam anak murid tuan punya kota khayalan ifrit utama tok guru maharaja zhou rahib esa tok guru ji fat sang harimau muda anak murid ji fat tok bulu hijau tok harimau bintang tok waja cacat tok rajawali. Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari 'Hikmat Alam Semesta' daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri.
Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari 'Hikmat Kubah Berdarah', sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi. Saya mula membeli komik ini dan komik lain semasa dari sekolah rendah hingga menengah. Disebabkan saya konsisten membelinya, dah jadi macam perpustakaan komik.
Dahulu kerap juga bawa semasa nak bermain bola di kampung, kasi kawan2 baca. Disebabkan dah jadi minat, kena marahpun tetap juga kumpul duit untuk beli setiap dua minggu keluaran (kalau tak silap). Cerita Alam Perwira memang banyak nostalgia yang 'enak' untuk diingati semula. Pengakhiran cerita Alam Perwira Ji Fat dan kawannya berjaya dalam pertentangan dengan Maharaja Zhou. Ji Fat menggabungkan segala macam hikmat yang dipelajarinya untuk mengalahkan Maharaja Zhou yang dilihat seperti 'untouchable'. Apabila dah kalah dan menjelang fajar, Maharaja Zhou memilih untuk mati cara terhormat dengan membunuh dirinya sendiri menggunakan cara membakar siri sendiri.
Dialognya sebelum dia masuk ke dalam api lebih kurang begini: 'Dunia ini akan sunyi tanpa beta.' Penyudahnya ada bahagian yang seronok ada yang sedih dan seperti kebiasaan dalam kisah khayalan dan kisah sebenar, tampuk pemerintahan awal dinasti atau kerajaan, dimulakan dan ditadbir dengan betul dan baik sehinggalah kepada beberapa generasi keturunan pengasas dinasti atau kerajaan tersebut mula buat hal dan kembali mengulangi kejahatan pemerintah yang sebelum dirampas oleh moyangnya dahulu. Inilah juga yang berlaku pada Kerajaan Melayu Melaka.
Selain itu, jalan cerita 'Dendam Kesumat' pernah dijadikan teras untuk drama kung fu bersiri, tapi saya tak ingat ia disiarkan oleh stesyen tv apa.saya masih lagi simpan koleksi-koleksi komik ini. Ia berada di kampung tetapi tak tahulah sekarang kondisi komik berkenaan macam mana.